Fakta 9 MAKANAN CEGAH SAKIT JANTUNG ini di petik dari surat kabar Harian Metro ; 27 Sept 2010. Ayat telah diubah sesedap rasa oleh Azie Hanasaku.
Kali ni kita share tips kesihatan pulak.Semua orang tak nak sakit kan.Lebih-lebih lg la penyakit jantung.Tp rmai yg tidak tahu kita boleh mencegah penyakit ini dengan mengubah cara pemakanan seharian~!!
Antara beberapa jnis makanan yg sgt baik utk jantung adalah ;
- Ikan salmon ; Adlh sumber asid omega 3 yg baik. Ia berfungsi melindungi jantung dgn mengurang radang dan risiko pembekuan darah. Lemak ini jgk membantu utk mengekalkan paras kolestrol pd kadar yg menyihatkan. Selain ikan salmon, pilihan lain termasuklah ikn laut yg berminyak seperti ikan tuna, sardin dengan pengambilan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
- Oat ; Bijirin oat mengandungi serat larut yg dipanggil "beta glucan" yang membantu mengurangkan paras kolestrol. Serat yg larut juga membantu sistem penghadaman kekal sihat. Try mkn oat bersam susu rendah lemak atau suusu soya dan dicampur dgn hirisan buah-buahan segar.Fuuh sedaaaap.X caye try buat.
Oatmeal & kismis. Sedaap. |
- Epal ; Epal mengandungi sejenis bahan iaitu "quercetin" yg bertindak sebagai antiradang dan membantu mencegah pembekuan darah. Epal juga mengandung vitamin dan serat. Epal membantu utk mengurangkan sehingga 50% risiko penyakit jantung jika diambil secara berterusan misalnya, 2 biji epal atau 12 auns jus epal sehari.
Sangat menyelerakan kan |
- Sayuran berdaun hjau ; Sayuran berdaun hijau bukan saja mengandungi vitamin E, ia juga turut dikaitkan dgn keupayaan daya ingatan apabila kita meningkat tua.
- Tomato ; Tomato juga baik untuk kesihatan jantung kerana kaya dgn vitamin dan lycopene yang terbukti membantu mengurangkan risiko skait jantung. Hanya tambahkn hirisan tomato pada sandwich, sup atau resepi2 lain sesedap rasa anda.
- Soya ; Protein soya adlh sumber yg baik utk menggantikan daging merah apatah lagi ia terbukti mencegah sakit jantung.
- Minyak zaitun ; Ia mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga77 % utk mengurangkan risiko sakit jantung dgn menurunkan kadar kolestrol LDL.
- Bijiran penuh ; Bijirin penuh menyediakan vitamin dan serat yg membuatkan jantung kekal sihat. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti, pilihlah roti yg dihasilkan drpd bijiran penuh.
- Badam ; Badam dan juga kekacang lain mengandungi minyak menyihatkan, vitamin E dan bahan lain yg membantu mengekalkan paras kolestrol. Ia juga sumber yg baik untuk protein dan serat.
Macam mana? Senang kan. Benda2 ni mmh dah menjadi makanan harian kita.Tinggal cuma perlu tmbahkan kuantiti pengambilan je. Insyaallah boleh lari jauh2 dr penyakit ni.
Renung-renungkan & Selamat beramal~!!!